HFMD | Pulau Pinang rekod 3012 kes, meningkat 20 kali ganda

2022-06-06 1

Sebanyak 3,012 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pulau Pinang berbanding 144 kes yang dicatat dalam tempoh sama, tahun lepas.

Menurut Exco Kerajaan Pulau Pinang Dr. Norlela Ariffin, sehingga minggu epid ke 21, jumlah kumulatif kes HFMD yang dilaporkan meningkat sebanyak 20 kali ganda.